Tuesday 24 November 2015

SENI ANYAMAN

SENI ANYAMAN

Pengenalan

 Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

Definisi Anyaman

 Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan

 Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

 Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Jenis-jenis Anyaman

1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan - Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai - Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang

Puan Aminah binti Ali

 Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

 i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
 ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
 iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
 iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
 v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga




Sejarah
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional
masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil
kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini
tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan
bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak
berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara
tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh,
mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan
pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.

Anyaman Buluh
Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi.
Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan
mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat
berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung,
buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh
peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di
nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau
joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar,
ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil
dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan
tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak
dan buluh gading.

Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang
dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah
memproses buluh :

Merendam
Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam
air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah
digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan
mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan
bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam
sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.
Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai
atau diperasap hingga kering. Kemudian
buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit
daripada isi batang pokok) dan diraut.
Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut  
menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih
keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah
bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam
pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.

Anyaman Pandan dan Mengkuang
Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-
kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni
menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan
dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan
mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih
lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya
mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh
berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu,
bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman
pandan.
Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah,
lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai
hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri
fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk
menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang
dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar
yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus
anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.

Memproses Bahan
Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di
bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok
tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan
pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan
dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah
dikeliling perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang
sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus
dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang.
Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.
Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering
dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat
di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang
dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari
dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun
terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang
dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka
dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu
ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu
supaya lembut dan mudah dilurut.
Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut
dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua
atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua
kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.
  
Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas
hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi
putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang
atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan
celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu
merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah
diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan
kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual
dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut
bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

Menganyam
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta
corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-
tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di
puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau
diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.
Anyaman Pandan Menganyam Tudung Saji
Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar
mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan
peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri
perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau
disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan
susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu
kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.
Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu,
motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai
bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian,
bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput.
Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk
(jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota
haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau.
Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas.
Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak,
siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.
Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar
mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai,
perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah
daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk
menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau
berkontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang.
Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah
berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan
hasil anyaman mengkuang dan pandan.
Anyaman Mengkuang Menganyam Tikar
Bakul Pandan Tudung Saji

Anyaman Rotan
Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar
di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan
kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu,
rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan
perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot, sejak
beberapa tahun
kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman komersil
sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk
bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga.
Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan,
seperti terendak lampu.
Memproses Bahan
Batang rotan yang besar dipotong daripada pokoknya antara dua hingga tiga depa panjang
supaya mudah diangkut ke luar hutan. Rotan kecil-kecil pula dipotong setakat yang
berguna, kemudian dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan perlu direbus supaya tisunya
mati dan kandungan gulanya tersingkir. Ini penting untuk memastikan ketahanan dan
mengelakkan serangan serangga seperti bubuk.
  
Rotan yang siap direbus, dijemur hingga
kering. Seterusnya, rotan batang yang ingin
dijadikan kerangka perabot diketam dan
dipelas kertas pasir sebelum divarnis.
Sementara rotan yang mahu dijadikan bilah
anyaman terus divarnis sebelum disepat
atau dibelah.
Anyaman Ribu-Ribu
Anyaman ribu-ribu Ribu -ribu adalah sejenis paku-pakis yang hidup liar terutama di
kawasan belukar yang lembap. Terdapat beberapa jenis ribu-ribu iaitu ribu-ribu biasa, ribu-
ribu besar/gajah dan ribu-ribu bukit/duduk atau akar sidin. Kegunaan utama ribu-ribu pada
masa dahulu ialah sebagai bahan untuk dijadikan tali. Banyak rumah di Terengganu
misalnya menggunakan tali ribu-ribu sebagai pengikat rabung kerana tali jenis ini tahan
lama. Tetapi kini kegunaan ribu-ribu hampir terbatas kepada hasil kraftangan sahaja.
Barang-barang yang diperbuat daripada ribu-ribu termasuk terendak, bekas tembakau,
bekas sirih dan dompet.
Memproses Bahan
Ribu-ribu dipotong di bahagian pangkalnya. Cuma
rakis utama yang diambil, yang lurus atau yang
menjalar. Cabang-cabang yang tidak diperlukan,
dipotong dengan pisau kecil. Kemudian ribu-ribu
dibelah dua dan dikeringkan perlahan-lahan dengan
menyidainya di tempat yang redup selama
beberapa hari. Ini dilakukan untuk memastikan
ribu-ribu tidak rapuh atau mudah patah.
Menganyam ribu-ribu sama seperti menganyam
buluh dan mengkuang. Untuk mengukuhkan
anyaman, biasanya buluh atau rotan digunakan
sebagai tulang atau kerangka barang yang dihasilkan. Motif-motif yang kerap digunakan
dalam anyaman ribu-ribu ialah siku keluang, bentuk jaluran dan bentuk-bentuk geometri.
Biasanya, barang-barang yang dianyam mengekalkan warna asli ribu-ribu. Bagaimanapun,
perbezaan warna boleh dihasilkan iaitu dengan menyelang-nyelikan warna luar kulit yang
lebih gelap iaitu coklat tua, dengan warna dalam kulit, coklat muda. Rata-rata, kraftangan


No comments:

Post a Comment